Ada satu kolam udang galah
di Bukit Minyak, Seberang Perai. Lokasinya berdekatan deretan kedai di sebelah
kiri jika menuju ke Bukit Mertajam. Rasanya inilah satu-satunya kolam yang
masih tinggal di sekitar Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang ini.
Memancing udang lebih seronok dari duduk melepak tak tentu pasal |
Kami bertolak dari Melor Inn
iaitu sebuah hotel di Parit Buntar,Perak. Parit Buntar adalah bandar di utara
Perak di mana lokasinya bersempadan dengan Seberang Perai,Pulau Pinang dan
Bandar Baharu, Kedah. Hotel di sini sungguh selesa dengan bayaran berpatutan
iaitu RM150 sahaja semalam termasuk deposit.
![]() |
Melor Inn,Parit Buntar-Selesa menginap di sini |
Banyak peralatan menangkap
ikan boleh di dapati di sekitar Parit Buntar. Kita cuma perlu rajin bertanya
sahaja. Rata-rata orang di sini bekerja di kilang, berniaga, bersawah padi dan
nelayan laut. Ikan air tawar yang boleh di pancing di sekitar kawasan kampung
di Parit Buntar ialah ikan sepat,ikan puyu,ikan haruan,ikan belida dan belut
air tawar.
Orang di Parit Buntar tak
berapa suka makan ikan puyu. Jadi ikan puyu memang banyak di sini. Kita boleh
tengok ikan puyu melintas jalan ketika hujan pada waktu subuh di sini. Kalau di
Benut,Johor ikan puyu dijual RM 1 seekor.Boleh buat duit kalau rajin. Memancing
sejam di Parit Buntar boleh dapat setengah baldi ikan puyu.
![]() |
Ikan puyu banyak di Parit Buntar,Perak |
Kami melalui jalan Jejawi,
Seberang Perai untuk ke Kolam Udang Galah Bukit Minyak. Jalan terus sahaja dari
Parit Buntar ke Bukit Minyak. Bila sampai kita boleh nampak kain rentang Kolam
Pancing Udang Galah dengan jelas dari jalanraya.
Bayaran sejam di kolam ini
cuma RM12. Tapi kita dilarang membawa joran dan umpan sendiri. Kami diberi
umpan pedal ayam beku yang baunya hampir tiada. Kalau tak ada bau susah udang
nak sambar. Namun begitu kami cuba juga.
Rata-rata pemancing udang di
sini cakap boleh dapat udang di sini dalam 4 ekor dalam 3 jam. Kalau pemancing
yang bagus boleh dapat 5 ekor dalam 2 jam. Agaknya taukeh kolam pancing ini nak
memastikan perniagaan kolam ini bertahan lama. Memang betul banyak kolam udang
‘bankrupt’ sebab harga stok udang galah melambung naik dalam 2 tahun ini.
Pakai umpan pedal ayam pun
boleh juga dapat udang galah dalam 2 ekor sejam pertama. Tapi takkan nak bawa
balik setakat 4 ekor saja. Datang jauh-jauh pancing sikit-sikit? Tak boleh jadi
ni.
Saya balik ke kereta saya
dan mengambil seekor umpun-umpun yang dipotong kecil-kecil. Tanpa pengetahuan
taukeh kedai dan pemancing-pemancing lain saya bawa masuk umpan tersebut. Saya
letakkan di bawah tuala tangan yang saya ambil sekali dengan papan pemotong
umpan sebelum ini.
![]() |
Umpun-umpun hidup memang kegemaran udang kolam |
Memang berbeza memancing
dengan umpan yang dibekalkan kedai dengan umpan umpun-umpun ini. Banyak udang kami
angkat dalam sejam kedua iaitu 10 ekor sejam. Pemancing-pemancing lain agak
teruja bila melihat kami mengangkat udang dengan banyak. Udangnya pula
besar-besar. Alhamdulillah rezeki Allah sahaja yang beri, hari itu kami membawa
25 ekor udang. Kami berikan kepada saudara-mara kami di utara Perak.
Kami langsung tak berniat
mensabotaj perniagaan kolam tersebut. Kami faham dengan situasi kolam udang
galah sekarang.Kami harap semua kolam udang mampu bertahan dalam industri rekreasi dan sukan sekarang.Sekurang-kurangnya masih ada kolam udang di sekitar Selangor ini.
- Kolam Pancing Udang Harimau di Bukit
Lancong,Shah Alam.
- Kolam Pancing Udang Galah Tuah di Bukit
Dukung,Kajang.
- Kolam Pancing Udang Galah Tepian Rimba,Sungai
Serai,Hulu Langat.
- Kolam Pancing Udang Galah Putra Perdana,Puchong
No comments:
Post a Comment